Siapakah yang menggunakan HandWallet?
Pelajar sekolah menengah
HandWallet digunakan oleh ramai pelajar sekolah menengah yang menguruskan "duit saku" mereka sendiri atau mempunyai pekerjaan sambilan. Pelajar-pelajar yang telah memuatturun dan menggunakan program ini sangat bergembira dengan penggunaan yang jelas dan mudah dan pilihan-pilihan untuk pengenalan kategori peribadi.
Pelajar universiti
Peranti HandWallet sangat terkenal dalam kalangan pelajar yang menguruskan belanjawan "ketat" dan perlu menyelenggara rejim tegas mengenai pendapatan dan perbelanjaan. Beribu-ribu pelajar di seluruh dunia sudah memuatturun Hand Wallet dan sentiasa memasukkan data. Kami terima banyak surat dan rujukan setiap bulan daripada pelajar-pelajar yang meminta perubahan istimewa dan tambahan untuk gaya hidup pelajar, tempat tinggal bersama, pengagihan untuk pembayaran yuran universiti, biasiswa, diskaun dan sebagainya.
Keluarga
Keperluan untuk menyimpan dan untuk mengurus aspek kewangan keluarga dengan bijak adalah lagi penting pada masa ini dari masa dahulu. Adalah jelas bahawa perancangan kewangan keluarga biasa adalah lagi rumit dan lain sedikit berbanding pengurusan sebuah perniagaan: sebuah keluarga mempunyai perbelanjaan tetap dan bermusim untuk pelbagai perkara dan pendapatan tetap dan bermusim dari pelbagai sumber. Perkara menjadi lebih rumit kerana kebanyakan keluarga mempunyai beberapa akaun bank dan beberapa kad kredit dan pendapatan dan perbelanjaan dilakukan oleh semua ahli keluarga. Beribu-ribu keluarga telah memilih Hand Wallet sebagai program penting untuk pengurusan kewangan keluarga. Selepas menggunakannya untuk hanya masa yang pendek, ramai sudah melaporkan pembaikan prestasi kewangan mereka, mempunyai kawalan dengan akaun bank mereka, menemui kesalahan dalam debit mereka, dan tidak lagi terkejut dengan hari pendebitan kad kredit mereka. Mereka sekarang berupaya untuk mengelakkan atau menggurangkan overdraf dan berupaya untuk lebih menumpu kepada perkara-perkara yang "memakan" belanjawan.Pengembara dan mereka yang tinggal di luar negara
HandWallet merupakan alat yang tiada gantinya untuk pengembara dan mereka yang tinggal di luar negara. Dengan menggunakan HandWallet, anda boleh mendapatkan maklumat untuk jumlah perbelanjaan untuk tempat tinggal, makanan atau bayaran masuk ke tempat-tempat pada bila-bila masa, walaupun semasa mengembara dari satu negeri ke negeri lain. Anda boleh melihat semua perbelanjaan anda dalam Dollar, tanpa perlu mengambil kira nilai pertukaran dan tanpa perlu ingat nilai pada setiap masa perjalanan. Jika beberapa ahli pergi mengembara bersama, kesemua perakaunan antara ahli-ahli boleh dikira dengan bantuan HandWallet Pro.